CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 11, 2008

CsC 1012

Question: Think about your chosen profession.How might computers and software enchance your productivity? Describe several eays in which you see software changing or affecting your profession.


kerani
sebelum penggunaan software.

1- segala dokumen terpaksa disimpan dalam fail.
2-apabila fail itu diperlukan, kerani tersebut terpaksa mencari fail itu satu persatu
3-segala akaun terpaksa dikira dengan menggunakan pen dan kertas
4-sistem menjadi lambat kerana simpanan fail yang tidak disusun dan ini akan menyebabkan silap atau salah

selepas menggunakan software

1-semua dokumen kini boleh disimpan di dalam komputer dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa hanya dengan satu 'klik' pada skrin komputer.
2-perakaunan syarikat tidak lagi dikira menggunakan pen dan kertas tetapi dikira menggunakan software yang ada
3-sistem menjadi cepat dan komputer akan mengakses setiap akaun itu betul atau salah dengan hanya beberapa minit sahaja.




Pereka Grafik (Graphic Designer)
saya memilih pereka grafik kerana pereka grafik amat menggunakan software dan komputer dalam menyelesaikan tugas-tugasnya. Dengan adanya komputer dan software yang khas untuk pereka grafik, dengan ini pereka grafik dapat mereka grafik dengan lebih kemas, tepat dan berkualiti sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan. Oleh kerana itu, pereka grafik dapat menerima tempahan yang banyak dan menyiapkannya mengikut masa yang dijanjikan. Selain itu juga, peraka grafik juga dapat menyiapkan sesuatu grafik dengan cepat malah dapat mencetaknya dengan mudah. Jadi, sekiranya tanpa komputer dan software yang khas, masakan pereka grafik dapat menyiapkan dengan cepat, berkualiti dan menepati permintaan pelanggan. Pereka grafik juga boleh membuat lukisan yang berbentuk 3-d dan berbagai-bagai lagi yang dapat menarik minat pelanggan..

DUUS GROUP B...


Inilah sahabat-sahabat ku yang sentiasa membantu ku dalam pelajaran dan apa jua pun..
terima kasih dan jasamu dikenang selamanyer...(ramai yg xde dlm gmbr lg ni)

Thursday, July 24, 2008

Gaya ringkas remaja


REMAJA yang lincah pastinya akan memilih pakaian yang memudahkan mereka untuk melakukan bermacam-macam aktiviti. Potongan baju yang ringkas, berseluar mahupun mengenakan gaun pendek menjadi pilihan golongan ini asalkan ia selesa dan senang digayakan.

Pakaian pula harus dilengkapi dengan aksesori seperti beg tangan, topi, gelang besar, tali pinggang untuk menambah lagi gaya serta penampilan.

Lumrah remaja mahukan sesuatu yang segar dan bertenaga seperti mereka. Justeru, pemilihan warna pakaian juga menjadi faktor utama bagi remaja yang memilih untuk bergaya.

Butik-butik di Square Room yang terletak di Plaza Sri Hartamas, Kuala Lumpur, adalah pilihan yang tepat untuk kebanyakan remaja di Malaysia yang ingin bergaya mengikut aliran fesyen terkini.

Ini kerana, fesyen-fesyen yang telah dipilih oleh pemilik butik di sana, menepati dan mengikut aliran fesyen terkini dari negara Asia dan Barat. Malah butik ini menawarkan pelbagai pilihan dilengkapi dengan aksesori serta sepatu yang sepadan.

Harganya pula tidak menjadi masalah kerana berada dalam lingkungan yang mampu dimiliki oleh kebanyakan remaja hari ini.

Bagi yang tidak tahu, Square Room menempatkan beberapa butik di bawah satu bumbung dan juga bawah satu pengurusan.

Butik-butik ini memberi pelbagai jenis fesyen pilihan dan kini didapati seakan menjadi trend remaja untuk menjurus ke arah zaman retro. Ia dapat dilihat dari aspek potongan, warna, motif kain dan solekan semuanya kembali menjadi pilihan masa kini.

Supernova tampilkan gaya dan reka terkini


TELEFON bimbit kini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada masyarakat zaman sekarang. Malah, selain menjadi sebuah alat komunikasi yang efektif ia juga sudah menjadi salah satu aksesori fesyen untuk digayakan.

Ini kerana telefon yang berada di pasaran masa kini kebanyakannya mempamerkan rekaan dan fungsi yang pelbagai, termasuk saiz dan bentuk yang ditawarkan untuk memenuhi gaya hidup pengguna masa kini.

Oleh yang demikian, pembuatan serta penawaran rangkaian telefon bimbit masa kini dibahagikan mengikut fungsi dan juga segmen pasarannya.

Ini jelas terbukti apabila pembuatan telefon bimbit telah dicipta untuk kumpulan sasar yang tertentu, sebagai contoh sesetengah telefon bimbit dicipta mengikut keperluan jantina dan profesion.

Selain itu. sekiranya diperhatikan secara teliti, telefon bimbit juga sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian seseorang.

Sebagai contoh mudah, golongan profesional lebih menggemari untuk mendapatkan telefon gajet pembantu digital peribadi (PDA) kerana ia mampu membantu dalam menjalankan pelbagai tugasan.

Sementara golongan muda lebih menggemari telefon bimbit yang berteraskan fungsi dan ciri multimedia.

Maka melihat kepada senario ini, para pengeluar dan pembekal alat komunikasi berlumba-lumba untuk menghasilkan rangkaian telefon yang pelbagai bentuk dan fungsinya bagi memenuhi permintaan pengguna.

Justeru, Nokia telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk menghasilkan koleksi terbarunya dengan melancarkan rangkaian ‘Supernova’ baru-baru ini.

Siri Supernova itu memperlihatkan empat model terbaru Nokia yang meliputi 7210, 7310, 7510 dan 7610.

Koleksi Supernova telah dicipta khusus untuk para pengguna yang mementingkan gaya sekali gus mampu mencerminkan personaliti mereka menerusi rangkaian tersebut.

Koleksi tersebut juga telah menjadi tanda aras dalam siri pembuatan telefon yang berteraskan fesyen bagi Nokia.

Wednesday, July 16, 2008

CsC 1012

Bila anda membuat satu transaksi, byk syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat utk mengumpul data tentang anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi, dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa memberi persetujuan dan tanpa memberi anda peluang utk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dlm kes diatas? Terangkan jawapan anda.

Soalan
1) Keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesannya.
2) Jalan penyelesaian kes tersebut.

Jawapan
1) kesannya:- data kita akan dimanipulasikan drpd yg baik kpd yg buruk.
- dokumen spt pasport dan kad pengenalan blh dipalsukan.
2) Penyelesaiannya:- Perlembagaan hdklah mewujudkan satu akta yg blh melindungi dan memelihara stp data yg diberikan kpd sesuatu syarikat.
- setelah akta digubal, undang-undang tersebut hdklah dikuatkuasakan.

Saturday, July 12, 2008

About me

Hai there, do u know who is me? my name iz asyraf..n i is 9teen.. i live in wangsa maju kuala lumpur.i'm still student and i studying at KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA in diploma of law and syariah.it quiet difficult but i'll try my best to get a best result.sum gurl say i looks arrogant but the truth is i a nice guys..hehehe..i likes making fren actually n i luv PLAYING da most!Sumtimes i bluurr..Damn blurr!!!hohoo..try 2 look at my pic..owh...so innocent..hahahaha...i giler2 person, u will know how GYLER i is if u try chill out with me..So what r u waiting 4 gurl??