CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 24, 2008

Supernova tampilkan gaya dan reka terkini


TELEFON bimbit kini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada masyarakat zaman sekarang. Malah, selain menjadi sebuah alat komunikasi yang efektif ia juga sudah menjadi salah satu aksesori fesyen untuk digayakan.

Ini kerana telefon yang berada di pasaran masa kini kebanyakannya mempamerkan rekaan dan fungsi yang pelbagai, termasuk saiz dan bentuk yang ditawarkan untuk memenuhi gaya hidup pengguna masa kini.

Oleh yang demikian, pembuatan serta penawaran rangkaian telefon bimbit masa kini dibahagikan mengikut fungsi dan juga segmen pasarannya.

Ini jelas terbukti apabila pembuatan telefon bimbit telah dicipta untuk kumpulan sasar yang tertentu, sebagai contoh sesetengah telefon bimbit dicipta mengikut keperluan jantina dan profesion.

Selain itu. sekiranya diperhatikan secara teliti, telefon bimbit juga sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian seseorang.

Sebagai contoh mudah, golongan profesional lebih menggemari untuk mendapatkan telefon gajet pembantu digital peribadi (PDA) kerana ia mampu membantu dalam menjalankan pelbagai tugasan.

Sementara golongan muda lebih menggemari telefon bimbit yang berteraskan fungsi dan ciri multimedia.

Maka melihat kepada senario ini, para pengeluar dan pembekal alat komunikasi berlumba-lumba untuk menghasilkan rangkaian telefon yang pelbagai bentuk dan fungsinya bagi memenuhi permintaan pengguna.

Justeru, Nokia telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk menghasilkan koleksi terbarunya dengan melancarkan rangkaian ‘Supernova’ baru-baru ini.

Siri Supernova itu memperlihatkan empat model terbaru Nokia yang meliputi 7210, 7310, 7510 dan 7610.

Koleksi Supernova telah dicipta khusus untuk para pengguna yang mementingkan gaya sekali gus mampu mencerminkan personaliti mereka menerusi rangkaian tersebut.

Koleksi tersebut juga telah menjadi tanda aras dalam siri pembuatan telefon yang berteraskan fesyen bagi Nokia.

1 comments:

Unknown said...

bagus la pasal model telefon...pamerkan lagi banyak model tekini dan functionnya...